Blog Cikgu BM alternatif mempelajari Tatabahasa Bahasa Malaysia serta tips menguasai Bahasa Malaysia, Blog Cikgu BM berkongsi penggunaan tatabahasa, Ejaan, Kata Sendi dan karangan UPSR yang betul untuk murid Sekolah Rendah serta anda yang ingin membetulkan kesalahan penggunaan tatabahasa Bahasa Malaysia.

Ahad, Januari 23, 2011

Cerita Simpulan Bahasa

Amin seorang lelaki tangkai jering.Tambahan pula semalam dia telah mendapat durian runtuh .Bertambahlah sikap tangkai jeringnya.Lagipun dia anak emas Haji Deraman.Apa sahaja yang dimintanya pasti ditunaikan Haji Deraman.Dia selalu ajak-ajak ayam ketika makan di kedai atau warung.


tangkai jering - orang yang kedekut, 

durian runtuh - mendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah, 

anak emas - sangat dikasihi ibu bapanya atau majikan. 

Ajak-ajak ayam - pelawaan yang tidak sungguh-sungguh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan