Tips Bahasa Malaysia, Tatabahasa, Ejaan, Kata Sendi dan karangan UPSR untuk murid Sekolah Rendah

21 Mei 2010

Sambalewa Atau Sambil lewa

Wujud kekeliruan antara sambalewa dan sambil lewa.Mana satukah yang betul ?.Kedua-dua perkataan tersebut betul dan membawa maksud yang sama.Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.

sambalewa
menyambalewa tidak sungguh-sungguh (dalam melakukan sesuatu), sambil-sambilan, sambil lewa; menyambalewakan melakukan sesuatu tidak dengan sungguh-sungguh.

Murid yang belajar sambalewa tidak akan berjaya dalam pelajaran.

sambil lewa
tidak bersungguh­-sungguh (mengerjakan sesuatu dll), sambil­-sambilan.

Contoh ayat :

Membaiki kenderaan yang rosak bukanlah suatu pekerjaan yang dapat dibuat sambil lewa saja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan