Blog Cikgu BM alternatif mempelajari Tatabahasa Bahasa Malaysia serta tips menguasai Bahasa Malaysia, Blog Cikgu BM berkongsi penggunaan tatabahasa, Ejaan, Kata Sendi dan karangan UPSR yang betul untuk murid Sekolah Rendah serta anda yang ingin membetulkan kesalahan penggunaan tatabahasa Bahasa Malaysia.

Sabtu, Mei 22, 2010

Maksud Justeru

Justeru merupakan kata pinjaman dari Bahasa Indonesia.Kadang-kadang kita di Malaysia menggunakannya mengikut selera kita dan tidak membawa maksud sebenar perkataan tersebut.Justeru mempunyai dua maksud 

Maksud Pertama - kebetulan ,tepat , kena benar
Contoh ayat :
Kenapa justeru sekarang ini engkau harus pergi ?

Maksud Kedua - malahan , bahkan
Contoh ayat :
Sekali-kali tidak pernah saya mencaci dia, justeru saya puji dia.

Malangnya di Malaysia kadang-kadang orang menggunakan justeru yang membawa maksud oleh itu.
Contohnya dalam ayat berikut :

Saya tidak bersetuju dengan pandangannya.Justeru , saya tidak menyokong cadangan itu.

Di sini justeru telah disamakan dengan ungkapan oleh itu dan diberikan koma selepasnya.Ini tidak sama dengan dua makna yang dihuraikan di atas.

Sumber : 
Pedoman Bahasa-Prof Emeritus.Dr Nik Sapiah Karim-Berita Harian Rabu 20 Sept 2006

Tiada ulasan:

Catat Ulasan