Blog Cikgu BM alternatif mempelajari Tatabahasa Bahasa Malaysia serta tips menguasai Bahasa Malaysia, Blog Cikgu BM berkongsi penggunaan tatabahasa, Ejaan, Kata Sendi dan karangan UPSR yang betul untuk murid Sekolah Rendah serta anda yang ingin membetulkan kesalahan penggunaan tatabahasa Bahasa Malaysia.

Sabtu, Mei 22, 2010

Bekerja Atau Berkerja






Sering berlaku kekeliruan dalam kalangan murid UPSR semasa mengeja perkataan bekerja.

Mana satukah yang betul bekerja atau berkerja ?

Sebelum itu mari kita fahami dulu maksud bekerja :

Kerja (Kata Nama )
Bekerja = ( Kata Terbitan )

A.Melakukan atau menjalankan sesuatu atau berbagai-bagai kegiatan (usaha, tugas, dan sebagainya) untuk menghasilkan (menyelesaikan, menyediakan, dan lain-lain) sesuatu:

Contoh ayat :

1.Setiap pegawai dan kakitangan yang lain bekerja bersungguh-sungguh untuk menghasilkan sebuah kamus yang baik.

2.Beberapa orang buruh sedang bekerja keras membaiki jalan raya.

B.Mengusahakan sesuatu atau melibatkan diri dlm kegiatan tertentu utk mencari nafkah (memperoleh pendapatan)

Contoh ayat :

1.Ada antara mereka yang menjadi pengemis kerana malas bekerja.

2.Sebahagian besar daripada  siswazah itu sudah pun bekerja.

C.Pergi (menghadirkan diri) ke tempat kerja seperti pejabat dan lain-lain dan menjalankan tugas dan tanggungjawab.

Contoh ayat :

1.Saya bercuti selama tiga hari dan akan balik bekerja pada hari Khamis.

Jadi ejaan yang betul :

bekerja (Betul)

berkerja (Salah)

Sumber : Kamus DBP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan