Ialah dan Adalah - Cikgu BM

Tip dan panduan Bahasa Malaysia

17 Mac 2013

Ialah dan Adalah

1.Ialah dan adalah tergolong dalam kata pemeri.

Ialah digunakan di hadapan
kata nama atau frasa nama, 
manakala
adalah digunakan untuk kata sendi nama dan kata adjektif seperti
untuk, pada, dalam, dengan dan sebagainya.

2. Bolehkah ialah dan adalah hadir di depan kata kerja ?
Kata pemeri ialah dan adalah tidak boleh hadir di hadapan kata kerja atau frasa kerja, 

contoh ayat :


Hobinya memancing ikan. (Betul)

Hobinya ialah/adalah memancing ikan. (Salah)


Sumber : Khidmat Nasihat DBP


Tiada ulasan:

Catat Ulasan