06 Julai 2012

Perbezaan Menemui dan Menemukan

Pasukan Bomba dan Penyelamat ___________mangsa yang hilang
di Gunung Tebu dua hari yang lalu.Antara menemui dan menemukan , mana satu yang betul?

Terdapat kekeliruan antara maksud menemui dan menemukan.Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, menemui sama makna dengan menemukan, iaitu  berjumpa dengan apa yang dicari dan lain-lain, mendapat, mendapati. Oleh itu, penggunaan perkataan menemui dan menemukan adalah betul.

Sumber rujukan : Khidmat Nasihat DBP


Rakan -rakan