27 Jun 2011

Faedah Membaca

Karangan Jenis Syarahan

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Tuan Guru Besar, guru-guru, rakan-rakan dan hadirin sekalian. Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
 
          Tajuk syarahan saya ialah ‘ Kepentingan Membaca’. Membaca adalah satu amalan yang mulia. Membaca boleh memberi manfaat kepada kita semua.


Hadirin yang dihormati,
          Melalui pembacaan, kita dapat mengetahui pelbagai perkara. Contohnya melalui surat khabar. Akhbar merupakan sumber maklumat dan menyiarkan pelbagai peristiwa yang berlaku di seluruh dunia.

Rakan-rakan sekalian, 

        Dengan membaca kita dapat mengisi masa lapang. Jika kita menjadikan sifat membaca sebagai amalan, sudah tentu masa kita tidak terbuang begitu sahaja. Oleh itu, kita boleh mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang tidak berfaedah seperti berbual-bual kosong , melepak di pasar raya dan sebagainya.

          Di samping itu, dengan membaca, kita  boleh membaiki penguasaan bahasa kita. Melaluinya kita boleh menambah perbendaharaan kata.Justeru kita juga dapat mengetahui perkataan baru.

          Oleh itu, kita mestilah menjadikan tabiat suka membaca sebagai amalan hidup. Manusia yang suka membaca adalah manusia yang mempunyai banyak ilmu.

          Sekian , saya sudahi syarahan saya dengan ucapan terima kasih.

Rakan -rakan