27 Jun 2011

Baru Atau Baharu

Kata baharu atau baru digunakan dalam konteks rumah baharu, kasut baharu, tahun baharu dan sebagainya. Mengikut Kamus Dewan Edisi 4, hal. 131 bermaksud belum ada sebelumnya,belum lama wujud.Padanan bahasa Inggerisnya ialah new. Kata baru digunakan dalam konteks baru datang, baru kelihatan, baru sedar, baru-baru ini dan sebagainya. Padanan bahasa Inggerisnya ialah just.

sumber : Khidmat nasihat Kamus Online DBP

Rakan -rakan