Maksud Justeru - Cikgu BM

Tip dan panduan Bahasa Malaysia

22 Mei 2010

Maksud Justeru

Justeru merupakan kata pinjaman dari Bahasa Indonesia.Kadang-kadang kita di Malaysia menggunakannya mengikut selera kita dan tidak membawa maksud sebenar perkataan tersebut.Justeru mempunyai dua maksud 

Maksud Pertama - kebetulan ,tepat , kena benar
Contoh ayat :
Kenapa justeru sekarang ini engkau harus pergi ?

Maksud Kedua - malahan , bahkan
Contoh ayat :
Sekali-kali tidak pernah saya mencaci dia, justeru saya puji dia.

Malangnya di Malaysia kadang-kadang orang menggunakan justeru yang membawa maksud oleh itu.
Contohnya dalam ayat berikut :

Saya tidak bersetuju dengan pandangannya.Justeru , saya tidak menyokong cadangan itu.

Di sini justeru telah disamakan dengan ungkapan oleh itu dan diberikan koma selepasnya.Ini tidak sama dengan dua makna yang dihuraikan di atas.

Sumber : 
Pedoman Bahasa-Prof Emeritus.Dr Nik Sapiah Karim-Berita Harian Rabu 20 Sept 2006

1 ulasan:

  1. memanglah satu perkataan boleh digunakan oleh masyarakat lain memberi makna yang berbeza

    Contoh mudah perkataan "gampang" yang digunakan di Indonesia dan Malaysia ada maksud berbeza.
    Banyak lagi perkataan lain memberi maksud berbeza seperti genit, butuh, kecapaian, percuma, bisa dan banyak lagi perkataan lain.

    BalasPadam