Kata Sendi Nama - Cikgu BM

Tip dan panduan Bahasa Malaysia

27 Mei 2010

Kata Sendi Nama

Perkataan yang diletakkan di hadapan frasa nama .
Kata Sendi nama mempunyai fungsi yang berbeza.

Contoh Kata Sendi nama :
1. di
2. ke
3. bagi
4. dari
5. daripada
6. kepada
7. pada
8. demi
9. tentang
10. seperti
11. bagai
12. umpama
13. laksana
14. sejak
15. terhadap
16. akan (boleh juga berfungsi sebagai kata bantu )
17. oleh
18. hingga
19. antara ( boleh juga berffungsi sebagai kata arah)
20. untuk
21. dengan
22. dalam ( Boleh juga berfungsi sebagai kata arah dan kata adjektif )
23. sampai (kata kerja )

Ingat !!!!

Kata Sendi Nama di tidak boleh digunakan di hadapan kata nama yang menunjukkan :
1. waktu
2. masa
3. zaman

Kata Sendi Nama di juga berfungsi menunjukkan tempat.
Contoh ayat :
Ibunya bekerja di Sekolah Kebangsaan Padang Pulut.


KSN ke hendaklah dieja terpisah.- ke Pulau Pinang  

Kata Sendi Nama ke digunakan untuk menunjukkan :

1.tempat -  Mereka akan ke Kuantan esok.

2.arah - Burung-burung itu terbang ke arah Selatan

3.waktu atau masa - Mereka mengadakan pemeriksaan dari semasa ke semasa


Ingat !!!!

KSN ke tidak boleh digunakan di hadapan kata nama yang merujuk :

1. manusia - Tolong berikan buku ini ke Ali ( salah)
                       Tolong berikan buku ini kepada Ali (betul)
2. binatang - Sisa makanan itudiberikannya ke kucing (salah )
                       Sisa makanan itu diberikannya kepada kucing ( betul )




Tiada ulasan:

Catat Ulasan