08 Mei 2010

Kebaikan Ikan Air Tawar


Ikan air tawar banyak khasiatnya. Tuliskan cara-cara untuk menggalakkan orang ramai makan ikan air tawar.


 Pendahuluan

i.  Ikan air tawar sedap dan banyak khasiatnya
ii.  ikan air tawar terdapat di sungai, tasik, sawah dan dipelihara di kolam
iii.  contoh ikan air tawar - lampan Jawa, keli, sepat, haruan, tilapia, patin dan lain-lain

 Isi-isi penting

cara-cara menggalakkan orang ramai makan ikan air tawar :
i.  kempen memakan ikan air tawar dijalankan dari masa ke semasa
ii.  cara-cara memasak ikan air tawar hendaklah diberitahu kepada orang ramai supaya mereka benar-benar dapat merasai kelazatannya
iii.  harga ikan air tawar hendaklah dikawal supaya ianya tidaklah terlalu mahal agar orang ramai dapat membelinya
iv.  galakkan orang ramai menternak ikan air tawar supaya ikan air tawar mudah diperolehi
v.  gerai-gerai makan hendaklah menyediakan menu masakan ikan air tawar sebagai salah satu daripada lauk pilihan
vi.  pihak kesihatan / perikanan hendaklah selalu memberi penerangan tentang khasiat memakan ikan air tawar kepada orang ramai.

Penutup
Semua pihak harus mengambil bahagian bagi menggalakkan orang ramai memakan ikan air tawar.
 

Rakan -rakan