22 Mei 2010

Bekerja Atau Berkerja

Sering berlaku kekeliruan dalam kalangan murid UPSR semasa mengeja perkataan bekerja.Mana satukah yang betul bekerja atau berkerja ?Sebelum itu mari kita fahami dulu maksud bekerja :

Kerja (Kata Nama )
Bekerja = ( Kata Terbitan )

1. melakukan atau menjalankan sesuatu atau berbagai-bagai kegiatan (usaha, tugas, dsb) utk menghasilkan (menyelesaikan, menyediakan, dll) sesuatu: setiap pegawai dan kakitangan yg lain ~ bersungguh-sungguh utk menghasilkan sebuah kamus yg baik; beberapa orang buruh sedang ~ keras membaiki jalan raya;

2. mengusahakan sesuatu atau melibatkan diri dlm kegiatan tertentu utk mencari nafkah (memperoleh pendapatan): ada antara mereka yg menjadi pengemis kerana malas ~; sebahagian besar drpd siswazah itu sudah pun ~; 

3. pergi (menghadirkan diri) ke tempat kerja spt pejabat dll dan menjalankan tugas dan tanggungjawab: saya bercuti selama tiga hari dan akan balik ~ pd hari Khamis;

Jadi ejaan yang betul :
bekerja (Betul)

berkerja (Salah)

Sumber : Kamus DBP

Rakan -rakan